Urat Malas

Hari tu, tahun baru (majlis aqiqah & sambutan hari jadi nenek)-- saya makan banyak sangat sehingga menyebabkan saya termuntah dalam jamban banyak kali. Kasihannya, Piknik turut terjebak menjadi mangsa dibebani muntah berat saya. Oh, sangat mualnya! Menyesal sungguh makan banyak. Jadi sebetulnya saya lemah terlantar dan kini masih penat.

Selain itu, sejak kebelakangan ini, kerap diserang pitam dan pening, malah nada jantung pula tak stabil. Mudahan baik-baik saja dan ku bermohon perlindungan dan kesihatan badan jua. 

Sekarang nak cari mood menulis report yang tidaklah berapa panjang sangat tetapi malasnya di tahap maksimal kerna saya sudah lama tidak membuat kerja-kerja universiti. Dan sekarang skala kecenderungan nak menaip dan memerah otak sekaligus adalah -0.01 dari +100.0

Ianya sangat malas. Saya cuma nak tidur.    

Ulasan

Catatan Popular