Selerak

Rasa nak buang tapi sayang pula. Terasa longgokan kertas yang berselerak ini sama keadaannya seperti kondisi kepala otak saya yang amat berat dengan timbunan sampah sarap! Mahu tak mahu, terpaksa saya tapiskan, (nilaikan) dan buangkan satu persatu dengan latar perasaan melankoli.

Dalam timbunan kertas itu, terjumpa pula buku 'Finding The Love of Your Life', kepunyaan Irene yang mendapat perhatian saya untuk baca (kadang kala) sepanjang malam sebelum tidur.. dan sehingga jilidnya terkoyak rabak dihambat oleh saya.

Babak dua; "Develop A Clear Image Of Your Ideal Spouse' dan tiga; "Find A Person To Love Who Is A Lot Like You" ...saya baca berulang kali. Jadi kononnya baca buku topik sedemikian--dapat merungkai betapa kritikal atau sukarnya kondisi saya sebagai gadis solo? (hihi.) Ini situasi mengelat. Irene selalu berada disampingku setiap hari mengharungi malam demi malam--menyaksikan kisah-kisah (hari) tenang,  mendung dan kelabu.

Dia tahu, bilamana Diandra Arjunaidi mendendangkan lagu Angkasa-nya di corong radio, saya akan  berteriak, "Ini lagu tema saya!!!" Lantas terus saya ubahkan volume ke paras puas hati dan bernyanyi dengan nada tinggi serta penuh jiwa. Pada mulanya, Irene hairan dan sedikit jengkil melihat keletah saya, namun hari-hari terkemudian dia malah sudi untuk turut bernyanyi-nyanyian riang tanpa segan.

Kami bernyanyi kuat bersama demi membina semangat!

Saya sengaja melengahkan masa untuk membuang timbunan kertas-kertas yang (itu) kerna setiap satunya punya nilai estetika tersendiri. Sesungguhnya aktiviti tapisan dan mengemas adalah aktiviti yang paling tidak seronok sekali. :(

Ulasan

Catatan Popular