Angin Malam

Makin lama, nafas makin tersekat. Gadis merasakan dadanya sesak dihimpit antara kepadatan orang-orang. Gadis punya masalah peparu sukar bernafas. Dia perlu segera keluar dari zon perebutan oksigen dan beredar ke tanah lapang. Di keheningan malam, Gadis mahu menempatkan dirinya ke zon kurang padat dan kurang sesak. Untuk seketika dia duduk diluar semata mahu menikmati angin sepoi malam. Sedetik lebih, sedang dia menjamah seekor ikan ditangan, seseorang datang menyapanya.

"Hai.."
"Hai..", sahut Gadis kembali.
"Hurmmm.." Gadis mengeluh sedikit dalam hati. Lelaki yang menyapanya ini rupanya lelaki Teh O' panas tempoh hari.
"Termenung jauh seorang diri?" Tanya Teh O' panas.
"Harapan berkecai....", Kata Gadis dalam hati. Hatinya mati.
"Eh, apa .. kucai?" Teh O' panas kurang dengar. Dia bertanya lagi bagi mendapatkan kepastian.
"Lihatlah kanan dan kiri... semuanya hilang dan musnah dibawa ombak jahat", Gadis hampa.
"Hei, janganlah kata begitu.. ", Tempis Teh O' panas. Dia tiba-tiba berubah jadi panas dan bengang.
"Ingatlah, seseorang yang berjaya adalah seseorang yang pernah gagal tetapi bangkit untuk mencapai impiannya", Teh O' panas cuba beri semangat kepada Gadis.
"Baiklah..", Balas Gadis.

Malam kian diam dan sepi.

**
"Awak makan apa tadi?", Teh O' panas cuba memecahkan kesunyian malam.
"Ikan", Jawab Gadis.
"Ikan saja?" Soal Teh O' panas.
"Ya. Melihatkan Ikan-ikan yang mati bergelimpangan dipersisiran (akibat dipukul ombak kuat) tidak pula memualkan atau menjatuhkan selera saya untuk makan mereka", beritahu Gadis.

**

Ulasan

Catatan Popular