Tsunami - Hati Rapuh
Tangan, lutut, kaki dan kepala Gadis cedera parah.
Seingatnya, banjir luar biasa Tsunami melibas laju dan tinggi tanpa berselindung atau sebarang belas kasihan. Arus kuat dan deras telah menolaknya pergi jauh-jauh. Tiada apa yang dapat menghalang arus deras Tsunami dari menghanyutkan apa jua yang menganggu laluannya.
**
Gadis memandang sisi kiri dan kanannya. Ketika ini, dia baru tersedar rupanya dia berada di lokasi.. "Entah apakah sebenarnya menimpa dirinya ini?" dan "Entah dimanakah dia berada kini?" Dia kurang pasti. Dia terlantar lemah dan samar-samar.
Di kelilingnya, penuh orang-orang tercedara, pilu, sayu, sedih dan sunyi. Rata-rata kehilangan orang-orang tersayang. Gadis yang terlantar lemah tak mampu bangun sendiri. Kakinya terlalu sakit. Dia terpaksa mengerang kesakitan. Sekali-sekala dia cuba menahan keluar air mata dari berlinangan tidak bertempat. Suasana riuh, bising dan hingar bingar membimbangkan hatinya. Gadis cuba tidur kembali. Namun sukar sekali.
Setiap hari, di pelantar sementara, Gadis cuba bangun dan berjalan sendiri semula. Sepanjang malam, setiap kali lampu terpadam, kedengaran pula tangis sedu-sedunya. Sunyi dan sepi-- sebenarnya dia takut malam gelap sendirian.

Gadis terselamat dari arus deras ombak kuat Tsunami. Dia bernasib baik kerana sempat berpaut dan bertahan pada Papan kerikil yang berlalu dihadapannya. Dia terhanyut dibawa arus bersama-sama Papan kerikil.

Ulasan
Catat Ulasan