Awan Singgah

Gadis trauma dan lemah semangat. Dia tak lalu makan. Dia hanya berselera menjamah secubit roti kosong, selebihnya dia beri pada kanak-kanak dan mereka yang kebuluran. Rutinnya, setiap hari Gadis cuba berjalan sehingga dia mampu bangun dan berjalan sendiri, semula. Setelah kakinya kembali sembuh dan berupaya memijak tanah, dia kemudian melangkah ke luar tak jauh dari tempat pelantar/perlindungan sementara. Dia mahu menghirup udara segar.

"Hai", seseorang yang tidak dikenalinya datang dekat dan menyapanya. 
"Kamu mahu Kopi, Teh, Air kosong atau Jus?" Pelawa lelaki itu. Dia bawa bawa bekas vakum keluli besi berisi air panas, kole berserta uncang teh bersamanya.  
"Hurmm.. " Balas Gadis.
"Sini sejuk, baru lepas hujan. Minum Teh O dapat panaskan badan", Lelaki itu bancuhkan Teh O panas buat Gadis.
"Terima Kasih..", Jawab Gadis.
"Sama-sama", Jawab Lelaki itu.

Sebenarnya, udara persekitaran tidaklah berapa segar dan nyaman. Sampah sarap bersepah-sepah di seluruh pelusuk kawasan. Dengan memakai topeng penutup mulut dan hidung, mereka nampaknya 'ok-ok' sahaja.

"Tentunya perit dan pedih bila kita kehilangan orang yang kita sayang bukan?", Lelaki itu cuba memulakan perbualan.
"Kamu nampak terlalu lemah..", Beritahunya. 
"Cuba makanlah", katanya pada Gadis. 

Ulasan

Catatan Popular