Awan Singgah II

Hampir sebulan ditempatkan di rumah perlindungan/pelantar sementara, Gadis dan Teh O' panas di lihat selalu berbual dan meluangkan masa bersama-sama. Kadangkala, mereka berbual dari larut malam sehingga menerjah ke Subuh! Sebelum Gadis berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Teh O' panas sempat bertanya kepada Gadis, "Bagaimanakah caranya untuk saya hubungi kamu, Gadis?" 

24 jam sebelum Gadis pergi, dia sempat meninggalkan sisipan nota kecil kepada Teh O' panas. "Barangkali ini.. nota ucapan selamat tinggal Gadis buat saya", keluh Teh O' panas sendirian dalam hati. Dia buka nota tersebut. Dan sebenarnya kandungan nota kecil itu hanyalah terisi sepuluh digit sahaja.

Bukan ucapan Selamat Tinggal atau Sayonara. Tiada "Hello" atau "Goodbye". Hanya tertulis *10 digit sahaja.


**10 digit (jumlah kesemuanya)- nombor talian peribadi milik Gadis.

Ulasan

Catatan Popular