Orang Gila Kembali
"Tolong kasihankan saya, Gadis?" Orang Gila menangis teresak-esak, sedu semacam orang kehilangan sayap.
"Saya benar-benar minta ampun..", Orang Gila memohon maaf sambil teresak-esak.
"Saya akan tinggalkan dia--wanita isteri orang itu", Orang Gila cuba meraih simpati. Konon menyesal tak sudah.
"Saya sudahpun memaafkan kamu. Namun, sungguh saya tak mahu peduli lagi apapun yang kamu mahu lakukan.. ", beritahu Gadis.
"Tolong jangan begini. Boleh kamu bercakap dengan ibu saya sebentar, Gadis? Saya mohon...", Rayu si Orang Gila. Dia menangis teresak-esak sambil meminta simpati melebih-lebih.
"Saya tak mahu lagi. Saya tak mahu apapun. Apapun yang kamu cuba lakukan tidak akan mampu atau menyebabkan saya menerima kamu kembali. Tolong pergi. Itu saja", Lantas sejurus selepas itu, Gadis cepat-cepat meletakkan telefon bimbitnya bagi menamatkan perbualan 'sampahan' tersebut, dengan kadar segera.
Dari hari ke hari bunyi telefon bimbit tak henti-henti berdering. Wayar telefon rumah telah Gadis cabutkan telebih dulu bagi mengelakkan sebarang gangguan pencemaran bunyi. Gadis membiarkan bunyi deringan telefon bimbitnya berhenti berdering dengan sendirinya. Tambahan pula, lebih mempesonakan* (tidak kurang hebat juga)-- pujuk rayu Orang Gila yang manis-manis dan enak-enak.. tak henti-henti berkunjung masuk peti simpanan pesanan mesej, telefon bimbit milik Gadis.
Teknik penyelinapan, penyamaran dan serangan hendap Orang Gila ternyata amat menjengkilkan! Sungguh Gadis tidak mampu mempedulikan Orang Gila semacamnya. Harap tak berjumpa dengan Orang Gila sepertinya lagi.
Minta jauh.
#sebutan mempesonakan* haruslah didengungkan dalam keadaan nak termuntah, sakit-sakit kerongkong termasuk kedua-dua belah cuping telinga berdesup-desing rasa nyaring dan ngilu kerana ternyata ia satu cubaan yang amat 'kencing-kencang' lagi membinasakan.
Minta jauh.
#sebutan mempesonakan* haruslah didengungkan dalam keadaan nak termuntah, sakit-sakit kerongkong termasuk kedua-dua belah cuping telinga berdesup-desing rasa nyaring dan ngilu kerana ternyata ia satu cubaan yang amat 'kencing-kencang' lagi membinasakan.

.jpg)
ampunkan.. maafkan die.. jgn sesekali putuskan silaturrahim... cume... jagalah diri kamu sebaiknya.. kerna hanya kamu... kamu yg menjaga amanah dariNya.... =)
BalasPadamlol... 'silaturahim' tidak sesuai diguna pakai kerana dia bukannya ahli keluarga saya atau sesiapapun pun...
BalasPadam