Dengus
Kali pertama berat badan berubah/menaik sewaktu manisnya berusia 16tahun. Dikala itu, saya merasakan bila saja duduk .. punggong terasa meninggi seakan mangkok tingkat.
Sewaktu berusia 19tahun, selain menuntut.. saya juga bekerjaya sebagai pemungut saki baki makanan rakan-rakan secara sepenuh masa. Saat itu, berat bertambah lagi.
Merujuk pada skala/patern berat badan lalu, berat badan kurang stabil. Kadang menurun. Kadang menaik.
Kini, berat badan naik lagi. Sekadar catatan rekod peribadi.. setakat ini, belum pernah lagi menjangkaui 55kg.
Dengusan panjang ---'huuuurrrrrrrmmmmmmm'......... datang menyinggah. Sekali lagi.
(Rumusan: Ya, berat badan berubah mengikut mood semasa).

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan