Bola bola

"Saya mahu ikut pergi tengok bola!" bebel Budak Kecik.

"Ayah bawa saya pergi tengok bola. Saya mahu tengok bola!" Budak kecik membebel lagi. 

"Tolong bawa saya pergi tengok bola ayah.. Saya mahu tengok bola.. bola... bola.. Selangor", Budak kecik merengek-rengek minta di beri belas kasihan oleh bapanya.

Sebenarnya nafasnya mengah. Sakit lelahnya belum sembuh.

Dia bukan mengerti apapun. Dia hanya tahu pemain penyerang Selangor, jersey nombor 9, itu pakciknya Superman.

Langkahnya lemah, nafasnya terabur. Dia tidak mampu berjalan dan tercungap-cungap keletihan. Di tengah kesesakkan dan suasana bising sorakkan penyokong tegar Red Giants, Budak kecik duduk bersenang atas bahu ayahnya. Jadi, dapatlah dia menghirup sedikit udara di kepadatan orang-orang.

**
FINAL PIALA MALAYSIA 1995 
Stadium, Shah Alam

Selangor    Vs     Pahang
   1          -           0 

Ulasan

Catatan Popular