Lupakah dia
Barangkali dia sudah terlupa bagaimana caranya untuk menjadi dirinya yang dulu.
Selalunya si gadis mengenakan baju retro pink bercorak polkadot kecil dan bercelana belang warna-warni setiap kali menuju ke kantin kampus. Suatu hari, bau bingit dan hangit dari dapur kantin menyusup masuk celah hidungnya sehingga mengakibatkan rongga hidungnya terasa gatal dan geli-geli yang amat. Belum sempat dia menggaru enak celah hidung, dia terbersin kuat tak ingat! Hembusan yang kuat menyebabkan dia jatuh terduduk dan badannnya terpelanting beberapa jarak terkebelakang. Satu kantin bergema dek palunan bingit bersinnya yang berdesing. Entah apa reaksi kawan-kawan ketika itu. Malu memang bukan main kepalang.
Barangkali dia juga terlupa bagaimana caranya, dia mampu bangun seawal pagi dan membuka pintu bilik buat rakan-rakan dan saling memberi bantuan pada mereka yang memerlukan. Di waktu lapang, dia sudi berulang alik dari Melaka-Kuala Lumpur-Melaka tanpa mempeduli kabut asap kenderaan yang menghinggap di wajahnya serta membiarkan pandangan orang-orang lalu-lalang mengambil kesempatan melihat wajahnya yang cabuk dan legam. Ini adalah semata-mata demi memenuhi poket sendiri.
Kadangkala dia menyertai kelas grooming di Jalan Raja Chulan bersama Lela Ngalim. Kadangkala dia dan Lela Ngalim menerjah bakat 'talent scout' di pusat-pusat beli belah.
Selalunya, si cantik yang berjalan penuh attitude akan berjaya mencuri tumpuan dan sering menjadi pilihan. Namun ada segelintir mereka akan memandang sebelah mata dan ada juga tidak memandang langsung atau memandang dengan pandangan atas bawah (dari hujung langit hingga ke hujung dunia). Lela Ngalim berkata, "Biarkan orang begitu. Mari kita terjah bakat lain yang lebih berpotensi".
Selalunya, si cantik yang berjalan penuh attitude akan berjaya mencuri tumpuan dan sering menjadi pilihan. Namun ada segelintir mereka akan memandang sebelah mata dan ada juga tidak memandang langsung atau memandang dengan pandangan atas bawah (dari hujung langit hingga ke hujung dunia). Lela Ngalim berkata, "Biarkan orang begitu. Mari kita terjah bakat lain yang lebih berpotensi".
Barangkali Gadis sudah terlupa, bagaimana caranya menjadi orang yang berdiri di atas kaki sendiri. Membahagi masa dan berkejar antara kelas dan aktiviti lain. (Hakikinya dia langsung tidak menghiraukan jadual kelas kecuali hanya bila di ingatkan rakan-rakan).
Konklusinya, sukar untuk dia makan ayam dan duduk diam-diam tanpa terpelanting. Ada masanya dia tertidur lena di buai mimpi nan indah. Namun begitu, selalunya dia tidak senang duduk. Dia mudah tersadung. Dia terlupa bagaimana caranya untuk tidak membiarkan masa lapang terlopong dan berlalu begitu sahaja. Tidur lena yang panjang menyebabkan otaknya terkujat dan lembap. Sekurang-kurangnya, dia mahu cipta satu atau dua slot drama bagi merancakkan suasana dan persekitaran.
![]() |
| Aktiviti makanan segera dan ketuhar gelombang mikro sewaktu di Level 22 of Tun Fatimah, Lendu (bersama rakan sebilik, Collyns Curl) |



Ulasan
Catat Ulasan