Ralat
Kadang-kadang kita terperasan yang orang sedang bercakap tentang kita. Walhal sebenarnya orang berbisik atau berkisar tentang orang lain. Tetapi kita sendiri yang terperasan sendiri. Pendek kata, sebenarnya kita syok sendiri atau terperasan hati yang kononnya orang sedang bercakap tentang kita.
Orang lebih senang meraih simpati dan berkongsi cerita bersama orang lain.
Orang tidak dapat pula mengukir senyuman bila bersama kita. Pendek kata, sebenarnya kita hanya perasan yang orang sedang bercakap atau bersenyuman dengan kita. Walhal sebenarnya orang tidak pula tersenyum, tidak pula mahu bercakap tentang kita apatahlagi mahukan kita menjadi sebahagian dari kisah hidupnya. Sekali lagi, kita terperasan sendiri.
Orang lebih senang bermadah panjang dengan orang-orang lain yang lebih senada dan sealiran yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidupnya.
Sebenarnya kita telah tersilap anggap. Kita ingatkan dia bercakap tentang kita.
Jadi, pendek kata kita terperasan telanjang bulat-bulat sahaja.

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan