Lendu
Saya paling penakut. Kadangkala bila takut diganggu hantu, saya lebih gemar merempat menjadi pelarian menumpang tidur di bilik jiran sebelah. Jiran sebelah --Dada, Fada, Tina dan Nadi. Celah ketiak Fada selalu jadi mangsa untuk saya bergesel. Tina tempat saya bermanjaan sebelum tidur. Nadi tempat saya bergurau ala senam aerobik dan gimnastik sambil memerhati gelagat Sukun menggeliat, melompat sana-sini buat kacau.
Dada pula, sebagai kakak sulong, dia selalu beri petua-petua boleh tahan. Dia gemar ber-eksperimen mencari petua untuk mengempiskan perut contohnya seperti membalut halia hidup diperut menggunakan plastik sampah hitam. Caranya bubuh halia yang ditumbuk separa lumat di perut kemudian balut perut dengan plastik sampah hitam. Balutan/ikatan di perut itu dibiarkan semalaman. Esok pagi, bila buka ikatan, perut jadi merah, pedih dan luka-luka. Petuanya tidak mujarab.

Masuk semester akhir, Dada, saya, Tina, Fada dan Wawa --teman serumah. Di rumah sewa luar kampus Lendu Dada paling rajin memasak. Selalunya Dada masakkan untuk kami semua terutamanya ketika bersahur di bulan puasa. Pernah suatu petang saya dan Fada kelaparan, lemah serta tiada upaya.. kami berdua sanggup menahan kelaparan di rumah dan menjadi orang malas menanti Dada pulang dating (hanya semata mahu dia menyiapkan makanan untuk kami).
(UiTM, Lendu, Melaka 2004-2007)

.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan