da tunang!



Syukur, Alhamdullah.

Pertama kali sahabat baik saya, Dada melihat tunangnya Faiz sewaktu kami --(Saya, Dada, Fada dan Wawa) mengikuti kem kokurikulum (wajib ambil uitm) di Pengkalan Balak, Melaka.

Sedang enak bersantai di bawah pohon, Dada terpandang lelaki di depannya. Dengan pantas, dia terus menyapa lelaki itu penuh berani tanpa berselindung. Nah, dari situlah sesi bual bicara asas antara dia dengan lelaki idamannya, Faiz.

Kemudian pulang kampus, sekali-sekala dia terserempak lelaki yang ditegurnya bawah pohon tempoh hari.

Setiap kali bila terserempak di kampus, rupanya mereka saling pandang memandang dari jauh.

Dada tersenyum dan menggelamun dari cuping telinga terbawa-bawa sehingga ke kamar beradu. Kami melihat aksi angaunya. Bayang wajah lelaki itu selalu berlegar dan berkeliaran di fikirannya seperti hantu.

**
"Dada, saya berjaya dapatkan nombor telefon lelaki pujaan awak!" Suatu hari saya titipkan khabar gembira kepadanya. Sebaik saya berjaya dapatkan nombor telefon lelaki pujaannya itu, terus saya telefon Dada dan menjerit di talian penuh semangat!

Kemudian, mereka mula berhubungan. Bibit-bibit cinta pun bermula. Selepas tujuh tahun berkawan, kini Dada akhirnya bertunang dengan lelaki idamannya itu. Apa yang saya paling kagumi, Dada lah yang mulakan langkah! Saya sangat kagum kerna wanita ini penuh sabar dan hebat.

Semoga dipermudahkan jalan mereka. Amin.

My Beautiful Khalidah

Ulasan

Catatan Popular